BABAK 1
(Didalam bilik RIA dan kelihatan RIA sedang baring di atas katil. Effect smoke machine dan lampu suram, RIA bangun dari katil)
RIA : (menggosok-gosok mata)
Aku…..Aku dapat melihat!!!Aku tak buta lagi…
(Lampu berwarna disuluh ke RIA)
RIA : Pelangi!! Aku dapat melihat pelangi!! Impianku nak melihat pelangi..
(nyanyi dan menari-nari)
Hujan rintik di pagi hari,
Bersama matahari yang menyinari,
Tiba muncul pelangi pagi,
Oh indahnya,oh indahnya.
Namun pelangi pagi pergi,
Lenyap sudah tiada lagi,
Kemana pergi pelangi pagi
Oh rupanya di dalam hati..
(Lampu yang disuluh fade-out,RIA tercari-cari cahaya tadi)
( RIA kembali ke atas platform dan meracau-racau)
( IBU masuk ke dalam pentas,menuju kearah RIA )
IBU : RIA,kenapa ni sayang…Bangun nak bangun..
RIA : IBU!!! IBU!!...(mendapatkan ibu)
IBU,RIA dapat lihat,RIA dapat…
IBU,percayalah RIA ada harapan untuk meliha…puisi..puisi yang RIA cipta boleh buat RIA dapat melihat…IBU percaya cakap RIA..
IBU : RIA, kan IBU dah cakap pelangi tak pernah wujud,tu semua dalam mimpi dan puisi RIA.
RIA : (nyanyi)
Ibu,percayalah anakmu ini,
Pelangi yang indah wujud di bumi..
IBU :Wahai anakku yang kusayangi
Percayalah kata ibu..
Pelangi hanya bayangan naluri
RIA :Tujuh warnanya semua berseri
Tak dapat ku gambarkan hanya di hati…
Merah membuat hati terpesona,
Jingga dan kuning ceria merampas duka,
Hijau damai semulajadi,
Biru ,indigo warna lelaki,
Unggu warnanya indah dan membuatku menari!!
IBU :RIA cukuplah tu…nanti satu hari..ibu pun mahu melihat pelangi yang RIA maksudkan ye nak..
RIA :IBU..percayalah..bila RIA dapat melihat…RIA janji akan tunjukkan ibu pelangi..Haa
IBU…IBU rasa puisi yang RIA hantar untuk pertandingan hari tu boleh menang tak??
IBU :Ya Allah!! Lupa ibu nak beritahu RIA…RIA punya puisi dapat masuk pusingan akhir…
RIA :Ye ke IBU!! RIA dah dapat rasa dah..kan betul RIA cakap..puisi RIA akan menang…
IBU..kalau RIA menang dan dapat duit…RIA nak buat pembedahan..RIA tak nak buta lagi..RIA nak sangat tengok pelangi..
IBU :RIA…(sedih)..IBU pun harap macam tu RIA…harap sangat RIA dapat tengok ibu ..
RIA :Dah la IBU..jangan la nangis..kan RIA tetap sayang IBU walaupun RIA tak dapat tengok muka IBU yang jaga saya dengan penuh kasih sayang..
IBU :Dah la RIA, jangan cakap pasal ni la sayang…Ha..RIA..pergi bersiap ye..NAZREL mesti tengah tunggu RIA di taman..
RIA :Oh ye tak ye ..baik IBU…
( IBU memimpin RIA keluar)
BABAK 2
(Latar taman,RIA sedang duduk di atas bangku )
RIA : Hujan rintik di pagi hari
Bersama matahari menyinari
(AZREL muncul dari belakang)
AZREL : Tiba muncul pelangi pagi
Oh indahnya,oh indahnya (Memetik gitar)
RIA : Eh AZREL!!Bunyi ape tu? RIA macam pernah dengar …
AZREL : RIA, ni gitar la…
RIA : Kenapa AZREL bawa gitar?AZREL tahu main ke?
(AZREL diam )
RIA : AZREL,AZREL!!
AZREL : hujan rintik di pagi hari
RIA :hujan rintik di pagi (mengikut menyanyi)
AZREL :bersama matahari menyinari
RIA : bersama matahari manyinari
AZREL :tiba muncul pelangi pagi
RIA :tiba muncul pelangi pagi
AZREL : oh indahnya,oh indahnya
…….RIA???
RIA : Oh indahnya,oh indahnya….AZREL!! RIA dapat nampak, RIA dapat melihat
Percayalah RIA dapat melihat!!!
( menari dan menyanyi)
Hujan rintik di pagi hari,
Bersama matahari menyinari,
Tiba muncul pelangi pagi,
Oh indahnya,oh indahnya!!
AZREL dan RIA:
Namun pelangi pagi pergi,
Lenyap sudah tiada lagi,
Kemana pergi pelangi pagi
Oh rupanya di dalam hati…
RIA :AZREL??AZREL??
Kenapa gelap balik ni? Kenapa RIA tak dapat melihat lagi…
AZREL kenapa ni? Tolong RIA ,AZREL!!!(mula menangis)
AZREL :RIA…jangan takut,AZREL ada kat sini…
RIA,AZREL rasa, RIA hanya boleh nampak dengan puisi RIA…
RIA :Maksud AZREL??
AZREL :Puisi RIA merupakan satu keajaiban yang boleh membuatkan RIA nampak..
RIA :AZREL, kalau macam tu, betul apa yang RIA cakap kan…RIA boleh nampak satu hari nanti..RIA dah dapat agak..RIA boleh nampak!!
AZREL…nyanyikan lagu tadi semula..tolong la AZREL…
(AH SENG masuk sambil mengacu pistol kearah AZREL)
AH SENG : Hei,hei,hei apa kamu buat ni ha??Ada parti ka?
Budak lelaki ni.dah lama aku cari…
(AZREL lari keluar tapi dihalang oleh ZIA)
ZIA : Kau nak lari mane??Dah la duit tak bayar. Boleh berfoya-foya dengan ‘chikaro’ kau pulak…
RIA :AZREL?? Siapa tu? Apa mereka mahu? AZREL cakap dengan RIA.
AZREL :RIA.. nanti AZREL terangkan kepada RIA..
ZIA : Lah..awek kau buta rupanya… Eh!! dah tak ada perempuan lain ke kau ni ha?
(AZREL pusing belakang lalu ditumbuk oleh AH SENG,darah keluar dari mulut)
AH SENG :Rasakan kau!! Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku..
AZREL : Tolong aku.. beri aku masa..nanti aku bayar balik..
RIA :
(berlaku bergelutan dan satu bunyi tembakan kedengaran)
AH SENG :Lari cepat !!lari cepat!!
AZREL :RIA…maafkan AZREL sebab dah tipu RIA …maafkan AZREL ..RIA
Maafkan AZREL sebab tak dapat teman RIA tengok pelangi..
RIA :AZREL…AZREL pelangi RIA…RIA akan ingat AZREL sampai bila-bila.
AZREL :AZREL lemah…
RIA :AZREL!!!!
(AZREL lemah dipangkuan RIA)
RIA : (menyanyi)
Namun pelangi pagi pergi
Lenyap sudah tiada lagi
Kemana pergi pelangi pagi
Oh rupanya di dalam hati.
best cite .
ReplyDeletead sambongan x ?
kalo ad sambong cepat ea .
awak nak jadi penulis ke ?
just asking . :)
touching lahh :') ily bie
ReplyDelete